~HiDupKu & MaTikU KeRanA ALLAH~

“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut"

Monday, August 4, 2008

ReNuNgkAn..

Hayati dan fahami....

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata
kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam
air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata
kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih
hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu
sukar untuk kamu
menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih
boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh
jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke
akhirnya....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home